Sabtu, 5 September 2009

MASALAH YANG DIRASAKAN PALING KRONIK YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN

Kini, terdapat pelbagai masalah yang timbul dan keadaan ini amat membimbangkan semua pihak. Terdapat sebilangan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan. Hal ini demikian kerana masalah tersebut merupakan salah satu masalah kronik.
Antara masalah kronik yang tidak dapat diselesaikan ialah penyakit. Penyakit merupakan salah satu perkara atau elemen yang menyerang kebanyakan orang. Antara penyakit kronik yang ditakuti oleh masyarakat pada hari ini ialah kegagalan buah pinggang, kordiovaskular dan diabetis. Penyakit tersebut merupakan salah satu penyakit kritikal yang menyerang dan melanda dalam kalangan masyarkat. Di samping itu, ramalan yang dibuat mendapati bahawa 72 peratus akan menyebabkan kematian dalam tempoh 10 tahun akan datang. Hal ini amat membimbangkan kerana penyakit kronik tidak berjangkit seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetis dan penyakit kronik buah pinggang (CKD) kini mengambil tempat penyakit berjangkit sebagai ancaman utama kepada kesihatan umum dan bajet kesihatan seluruh dunia.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi angaran kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit dijangka menurun sebanyak 3 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, penyakit kronik tidak berjangkit pula dianggarkan meningkat 17 peratus dengan menyebabkan 72 peratus kematian terutama dalam kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Perkara ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa penyakit kronik merupakan salah satu masalah yang tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Keadaan ini demikian kerana penyakit tersebut akan membawa kepada kematian.
Punca berlaku masalah terbesut kerana cara hidup masyarakat pada hari ini yang gemar makan makanan segera dan bergoreng telah mendorong kepada penigkatan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat. Keadaan demikian kerana mereka lebih gemar makan di restoran berbanding di rumah. Di samping itu, perkara ini menjadi salah satu amalan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya. Selain itu, pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Selain itu, corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawalKesimpulannya, semua lapisan masyarakat tanpa mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik.Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.

Jumaat, 21 Ogos 2009

BUNGA MATAHARI (SUBJECT MATTER STUDIO KAYU)

POKOK BUNGA MATAHARI

Alam : Plantae
Division : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Asterales
Keluarga : Asteraceae
Genus : Helianthus
Sepsis : H. Annuus
Nama Biologi : Helianthus Annuus


PENGENALAN

Bunga matahari atau dikenali juga dengan nama biologi iaitu Helianthus annuus merupakan sejenis tumbuhan semusim dari jenis kenikir-kenikiran (Asteraceae) yang popular. Bunga matahari ini biasanya berwarna kuning terang, dengan kepala bunga yang besar (diameternya mencecah sehingga 30cm). Bunga ini adalah bunga majmuk, tersusun dari ratusan hingga ribuan bunga kecil pada satu bongkol. Di samping itu, bunga matahari memiliki sifatnya yang khas, iaitu bunganya selalu menghadap ke arah matahari atau heliotropisme. Orang Perancis menyebutnya tournesol atau "pengelana matahari". Namun demikian, sifat ini disingkirkan pada berbagai kultivar baru untuk produksi minyak kerana mengandungi banyak tenaga dan mengurangi hasil. Tumbuhan semusim yang berasal dari benua Amerika bahagian utara (Mexico), boleh mencapai ketinggian sehingga 3m hingga 5m bergantung kepada jenisnya. Selian itu, daun pokok bunga matahari agak lebar dan batangnya pula biasa ditumbuhi rambut kasar, tegak, dan jarang bercabang.
Di samping itu, bunga matahari mempunyai bunga-bunga yang tersusun dalam kuantiti yang banyak. Hal ini dapat dilihat menerusi terdapat dua bahagian bunga iaitu bunga tepi atau bunga lidah yang membawa satu kelopak besar berwarna kuning cerah dan steril, dan bunga tabung yang fertil dan menghasilkan biji. Bunga tabung ini jumlahnya mampu mencapai sehingga 2000 kuntum dalam satu kelompok bunga. Selain itu, ketika cuaca cerah, tandan bunga ini akan terikut ke arah pergerakan harian matahari. Keadaan ini disebut juga sebagai heliotropisme yang merupakan nama asal bunga tersebut. Tumbuhan ini juga mendapat 10 % lebih fotosintesis kerana pergerakan tersebut.

SEJARAH

Bunga matahari mula ditanam oleh orang-orang Indian Amerika Utara sejak ribuan tahun lalu kemudian tersebar ke Amerika Selatan dan menjadi salah satu sumber masakan bagi warga Inka. Setelah penaklukan oleh orang Eropah, bunga matahari diperkenalkan ke seluruh Eropah dan dunia pada abad ke-16. Pada abad ke-17 bijinya telah digunakan dalam campuran roti atau diolah sebagai pengganti kopi dan coklat. Penggunaannya sebagai sumber minyak hanya bermula sekitar abad ke-19.
Bunga matahari lebih mudah ditanam di tanah yang subur dan hangat. Tumbuhan ini juga menyukai suasana yang cerah dan sesuai tumbuh pada tempat dengan iklim subtropik. Di kawasan beriklim tropika biasanya hasilnya lebih tinggi jika ditanam di kawasan yang tinggi. Di daerah beriklim sederhana seperti Eropah, tumbuhan ini hanya boleh ditanam pada musim semi hingga musim gugur dan harus dielakkan daripada terkena salji atau cuaca sejuk (frost). Jarak penananamannya biasanya antara 60000 hingga 70000 tanaman per hektar.

BUDAYA

Bunga matahari merupakan salah satu simbol yang melambangkan kehidupan yang gemilang, ceria dan bersemangat. Hal ini dapat dilihat menerusi warna bunga matahari itu sendiri yang berwarna kuning. Warna kuning merupakan salah satu warna yang memberi sumber insipirasi kepada manusia yang akan memberi keceriaan dan keharmonian.
Di samping itu, pokok bunga matahari ini digunakan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah atau laman tempat kediaman atau pejabat. Jenis pokok bunga matahari yang biasa digunakan sebagai tanaman hiasan ini biasanya terdiri daripada pokok bunga matahari yang memiliki kelompok warna yang bewarna-warni dan memiliki banyak cabang bunga. Selain sebagai tumbuhan hiasan, bunga matahari juga turut digunakan sebagai makanan ringan iaitu kuaci. Kuaci ini merupakan biji benih-benih yang sudah matang yang diambil darpada kuntum bunag matahari dan kemudiannya digoreng seterusnya dibungkus dalam bungkusan yang pelbagai.
Ketika cuaca cerah, tandan bunga akan terikut ke arah pergerakan harian matahari (asal nama tumbuhan ini), keadaan ini juga disebut sebagai heliotropismeSelain Malaysia, bunga matahari merupakan bunga nasional RRT dan bunga rasmi Kansas, Amerika Syarikat.

PERUBATAN

Bunga matahari juga digunakan dalam penghasilan minyak. Ini kerana biji-biji pada bunga matahari ini mempunyai kandungan minyak yang banyak iaitu kira-kira 48% sehingga 52% dalam kandungannya. Bagi menghasilkan satu liter minyak, jumlah kuntum bunga matahari yang diperlukan ialah kira-kira 60 kuntum bunga yang banyak.
Kebaikan bunga matahari yang utama adalah sebagai sumber minyak , baik sebagai masakan mahupun industri. Sebagai bahan masakan, minyak bunga matahari sesuai dipakai untuk menggoreng, serta campuran salad. Minyak bunga matahari juga kaya dengan asam linoleat (C18:2), iaitu suatu asam lemak yang baik bagi kesihatan manusia. Kandungan minyak dengan kadar asam oleat yang tinggi terdapat kultivar bunga matahari yang menghasilkan minyak dengan kualiti seperti berikut (mengandungi 80% hingga 90% asam oleat, sementara kultivar untuk pangan pula hanya memiliki 25% asam oleat).